Makna Cinta (Part 6)

Pusat Informasi kelihatan lenggang malam ini. Kelihatan beberapa pelajar sedang mengulang kaji pelajaran. Ada yang belajar bersendirian dan ada yang berkumpulan. Mungkin disebabkan kuliah baru bermula, ramai yang merasakan tiada keperluan untuk mengulangkaji pelajaran di sini.

Pusat Informasi yang menempatkan perpustakaan, komputer-komputer, dan bilik diskusi untuk kemudahan para pelajar di sini biasanya akan dipenuhi oleh para pelajar ketika musim peperiksaan.

Di dalam sebuah bilik diskusi, kelihatan beberapa pelajar Malaysia sedang berkumpul. Raut wajah mereka yang tampak serius menunjukkan ada perkara yang penting sedang dibincangkan.

Di pintu utama Pusat Informasi pula kelihatan kelibat dua orang yang sedang berlari. Cuaca angin kuat sebentar tadi yang kini bertukar menjadi hujan lebat memaksa mereka berdua berbuat sedemikian. Setelah mengimbas kad pelajar mereka pada alat pengimbas, mereka terus bergegas menaiki tangga menuju ke tingkat 4.

“Tapi Hana, kita tak boleh nak letak tarikh event kita tu tarikh tu, sebab ‘clash’ dengan Manchester Malaysian Games, walaupun tarikh tu boleh tarik ramai orang sebab tengah cuti.” bantah Lim apabila mendengar ada yang mencadangkan supaya Karnival Sukan Sheffield diadakan pada awal bulan Disember.

“Aku tau tu Lim, tapi Malaysian kat UK ni ramai, kita bukan boleh cater semua pun kalau semua nak datang sini, kalau clash, sikit pegi Machester, sikit datang Sheffield, kita pun mudah,” Hana yang mencadangkan tadi mengeluarkan hujahnya.

“Tak semua orang nak datang sukan-sukan ni, kadang-kadang diorang pun ada plan lain, aku bukan apa, aku takut kita rugi saja sebab kurang penyertaan,” balas Lim.

“Tok..tok..tok..” seseorang mengetuk pintu bilik.

“Assalamualaikum, sory guys, lambat plak..hehe,” Ismail memberi salam sambil tersengih. Di belakangnya Aiman, hanya tersenyum, rasa dirinya bersalah kerana tidak begitu menjaga.

“Takpe Mail, kami pun baru je start,” balas Afzal tenang

“dah sampai mana dah?” Aiman bertanya sambil menarik kerusi kosong di hadapannya.

“ Kita tengah bincang pasal tarikh KSS ni, nape korang lambat ni?” jawab Hana sambil tersenyum

“ Sori la, kami pegi makan jap tadi..” jawab Ismail

“ Ok, berbalik pada topik kita tadi, pasal tarikh event kita ni, rasa-rasa sesuai tak kita buat time cuti winter ni?” Afzal membuka kembali perbincangan.

“ Aiman, kau rasa cuti ni ramai orang pergi mana?” celah Lim pula

“Aku rasa cuti winter ni, selain daripada Manchester Games, ada banyak lagi event lain…Winter Gathering contohnya, dan yang aku tahu, ramai orang yang lebih berminat nak ke Winter Gathering,” jawab Aiman

“ Lagipun nak ke orang bersukan time-time winter nanti, tak sejuk ke” sambung Aiman lagi sambil tersenyum.

“Takpe, event kita ni indoor Man,” celah Hana yang cuba mempertahankan cadangannya.

“tapi still aku tak setuju buat time cuti winter ni, kalau kurang participants, nanti kita susah ma,” tegas Lim.

Setelah berbincang, mereka semua sepakat ingin mengadakan Karnival Sukan Sheffield selepas musim peperiksaan.

“Ok, tarikh dah setel, harap takde yang tak puas hati ye, sekarang ni kita boleh proceed dengan benda lain pula,” umum Afzal sambil memandang Hana. Wajah Hana yang tampak sedikit tidak berpuas hati dapat disedari oleh Afzal. Perbincangan diteruskan lagi sehingga kira-kira jam 10 malam, mereka bersurai tidak lama selepas itu.

Malam yang meletihkan buat Aiman. Pintu rumahnya dibuka perlahan-perlahan, kelihatan rakan serumahnya masih tidak tidur, ada yang sedang belajar dan ada yang sedang menonton televisyen.

“Hai lambat balik Man,” kata Osman.

“Banyak bincang tadi, tu yang lambat habis tu,” jelas Aiman

“Eh, lapar pulak aku, kau takde masak lebih ke malam ni,” tanya Aiman.

“Ada je, kat dapur, lauk lebih makan malam tadi,kalau rajin, tolong basuhkan sekali periuk kalau kau dah habiskan lauk tu..hehe”

“No hal bro,”

Malam yang begitu sunyi dan tenang, bunyi hujan rintik-rintik bagaikan lagu merdu menghiasi hawa telinga sang pendengar.

Aiman merebahkan badannya di atas katil sambil tangannya menekan-nekan butang telefon bimbitnya, satu kebiasaan untuk dirinya berbuat demikian.

Sementara itu, kelihatan beberapa kelibat manusia sedang membetul-betulkan sesuatu. Alatan – alatan seperti tali, pisau, dan beberapa alatan tajam yang lain melengkapi tubuh badan mereka. Senyuman mereka menandakan ada suatu agenda jahat yang sedang dirancang..

Bersambung…

Tinggalkan komen

  • Penulis