Makna Cinta (Part 2)

“Hai, ‘student’ baru ke?” satu suara lembut menyapa mereka berdua.

Seorang gadis berdiri di hadapan mereka sambil tersenyum mesra.

“err..ye kak, kakak ni fasi ke?” Ismail bertanya sambil mengerutkan dahinya.

“takdelah, mana ada istilah fasi-fasi di sini, ingat sini di Malaysia ke? akak sahaja nak tengok adik-adik baru mendaftar, manalah tahu ada perkara yang boleh dibantu,” jawab gadis itu bersahaja.

“Oo, kami rasa semuanya ok, cumanya risau takut-takut ada yang tersilap,” ujar Ismail

“Oo, bagi sini akak tengok,” gadis yang berbaju kurung dan tidak bertudung itu mengambil fail Ismail dan Aiman dan memeriksanya. Gadis itu membaca satu persatu biodata mereka berdua.

“Oo, nama awak Aiman, sedap nama tu, macam orangnya juga,” gadis itu memuji Aiman yang membuatkan Aiman sedikit kurang senang dengan kemesraan gadis itu.

“Ok, rasanya semuanya cukup, nah ambil fail kamu ni,” gadis itu menyerahkan kembali fail-fail mereka.

“Ok lah, akak ada hal lain nak uruskan, pendaftaran kamu tu, akak rasa tiada masalah,” sambung gadis itu lagi

“by the way, nama akak Farhana, you all can just call me Hana, nanti kita jumpa lagi di majlis penyerahan anak angkat Ahad ni,” ujar gadis itu sambil tersenyum lebar memandang Aiman. Gadis itu berlalu pergi meninggalkan mereka.

“dia kata nama kau sedap aku tak kisah, tapi dia kata engkau sekali sedap, itu yang aku pelik, dia makan orang ke?” Ismail cuba membuat lawak jenaka

“hehe, ye la agaknya,” Aiman melayan sahaja kerenah Ismail, ditakuti sahabatnya berkecil hati pula jika lawak jenakanya tidak dilayan.

“muka memang lawa, tapi sayang, ‘free hair’ pula,” ujar Aiman yang membuatkan Ismail tersenyum. Senyum bukan tanda suka, tetapi tanda setuju.

Kemudian mereka meneruskan proses pendaftaran mereka di dalam pejabat universiti. Nampaknya segala proses pendaftaran berjalan dengan lancar sekali dan mereka berdua tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan segala urusan mereka. Kemudian mereka pulang ke rumah masing-masing. Rumah Aiman yang terletak di Filley Street sangat berdekatan dengan rumah Ismail yang terletak di Brunswick Street. Aiman tinggal bersama-sama dengan empat lagi rakan sekuliahnya.

Perjalanan ke universiti dari rumah mereka hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit berjalan kaki.  Permukaan bumi di bandar Sheffield yang berbukit-bukit menyebabkan agak tidak berbaloi bagi mereka untuk membeli basikal. Pengangkutan utama pelajar-pelajar di sini adalah menggunakan bas dan ‘tram’.

tram, pengangkutan utama di Sheffield












Bagi penduduk Islam di sini, tidak sukar bagi mereka untuk mengamalkan Islam disebabkan keperluan-keperluan asasi seperti masjid dan makanan halal amat mudah didapati. Penduduk Islam di sini adalah minoriti, menyebabkan apabila muslim bertemu dengan muslim di situ, kehangatan ukhuwwah Islamiyyah dapat dirasai. Kekuatan ukhuwwah ini yang menjadi sumber kekuatan penduduk Islam di Sheffield.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Pagi Sabtu yang indah, Bandar Sheffield tenang seperti kebiasaannya, kelihatan warga tua berbangsa British sudah bersiap sedia untuk berjoging. Fenomena ini adalah fenomena biasa di England, warga tua di sini begitu menekankan aspek kesihatan dalam diri mereka dan Islam juga mendidik penganutnya untuk menjaga kesihatan mereka.


kawasan perumahan di Sheffield

salah satu sifat individu muslim – Qawiyyu Al-Jismi

















Seperti biasa, Aiman tidak terus tidur selepas subuh. Sekurang-kurangnya dia akan membaca Al-Quran terlebih dahulu, kemudian barulah dia tidur kembali. Kali ini, tidak seperti kebiasaanya, Aiman sukar untuk melelapkan matanya. Oleh kerana tidak dapat tidur, dia pergi ke dapur bagi menyiapkan sarapan pagi. Rakan serumahnya yang lain, Faiz, Osman, Syawal dan Rasyid masih lagi terlena dibuai mimpi.

“Treet….treet…treet..” loceng rumah Aiman berbunyi.

“Siapa?” bisik hati Aiman.

bersambung….

Comments
6 Responses to “Makna Cinta (Part 2)”
  1. joegrimjow berkata:

    wahwah
    fasi xde ke kat sheffield?
    hehe

  2. fiQ berkata:

    Hot stuff gak budak Kolej Mara Banting ni..
    Tapi saspens la pulak. Bagus2.
    Siapa la ajar buat cerita mcm ni…

    • madrasatuna berkata:

      jangan risau..takdenya org nak buat anta mcm tu…hehe

      tapi cerita ni based on true story cuma latar tmpt tu ada ubah skit, ..tapi biasa la..tambah kicap bg manis skit

  3. perantau_kamal berkata:

    haha. cpt2 part 3

  4. hot berkata:

    keren infonya

Tinggalkan komen

  • Penulis