Makna Cinta (Part 3)

“Siapa?” bisik hati Aiman.

Alat interkom yang disediakan di rumah Aiman memudahkan Aiman untuk mengetahui siapa yang berada di luar rumahnya

“Who’s there?” Aiman berbahasa Inggeris kerana ada kemungkinan yang datang itu bukan orang Malaysia.

“Assalamulaikum, Azlan ni, boleh ana masuk?” suara Azlan yang dapat didengari dengan jelas oleh Aiman.

Azlan tidaklah begitu asing bagi Aiman. Azlan banyak membantu Aiman ketika mula-mula Aiman sampai di sini. Azlan yang merupakan senior setahun kepada Aiman pernah menumpangkan Aiman di rumahnya ketika hari pertama Aiman di Sheffield. Justeru itu, hubungan mereka boleh dikatakan agak rapat.

“Tak boleh, duduklah sejuk-sejuk di luar tu,” ujar Aiman dalam keadaan bercanda.

Sebentar kemudian, pintu dibuka. Azlan masuk ke rumah dalam keadaan memeluk tubuh tanda kesejukan.

“Hai, Man, tak tidur ke pagi ni? ana baru lepas joging tadi, lalu pula rumah anta, itu yang cadang nak singgah tu.” terang Azlan yang memanggil Aiman dengan nama singkatan kerana baginya panggilan sebegitu tampak lebih mesra. Memanggil kamu sebagai ‘anta’ dan saya sebagai ‘ana’ bukanlah satu budaya yang asing untuk mereka.

“Entah, rasa tak ngantuk pula pagi ni.”

“Dah terlanjur ana di sini, apa kata kita bincang sikit tentang halaqah kita di sini.”

“Ok bos, tapi biaq ana pi buat sarapan sat,” Aiman cuba bertutur dalam loghat utara.

Aiman bukanlah kali pertama mengikuti halaqah. Dia telah mengikuti halaqah semenjak dari Malaysia lagi malah orang yang mengetuai halaqahnya di Malaysia telah memberitahunya agar berjumpa dengan Azlan untuk penerusan halaqahnya. Halaqah yang menjadi tempat untuk membincangkan isu-isu agama, menjadi tempat untuk saling nasihat-menasihati dirasakan amat penting oleh Aiman. Baginya, manusia ini sifatnya pelupa dan perlu sering diingati lebih-lebih lagi ketika berada bumi United Kingdom yang penuh dengan budaya yang merosakkan.

Bihun goreng dan teh menjadi santapan mereka pagi itu. Aiman sudah mula belajar memasak daripada ibunya dua bulan sebelum dia berangkat ke England. Jadi sudah pelbagai resepi yang sudah dipelajarinya. Sambil membetulkan silanya, Azlan mengelap-gelap cermin matanya yang berjenama Swatch itu.

“Jadi semua urusan sudah selesai?” Azlan memulakan bicara

“Dah, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,”

“Bila mula lecture?”

“Isnin depan..”

“ok, belajar betul-betul. Biasalah mula-mula ni, susah sikit kita nak faham apa yang lecturer cakap…jadi otak kita ni penat sikit la mula-mula ni”

“kenapa otak kita penat pula”

“hehe.. iyelah, satu kita nak terjemahkan apa yang lecturer cakap, loghat mereka ni bukan macam bahasa Inggeris Malaysia, susah sikit nak faham”

“dalam masa yang sama kita nak faham juga apa yang lecturer ajar, itu yang otak kena kerja kuat sikit tu mula-mula ni.” tambah Azlan lagi. Aiman mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham

“Tentang halaqah kita ni, bila kita boleh mula?” Azlan mula mengubah topik perbualan.

“Bila-bila saja syeikh,”

“Kalau begitu, kita mula minggu depan.” putus Azlan sambil mengeluarkan buku kecil di poket seluarnya. Memang menjadi satu kebiasaan buat Azlan untuk mencatatkan apa-apa yang penting dalam buku nota kecilnya agar dia tidak terlupa dan urusannya lebih tersusun.

“Ok la, ana minta diri dulu, nak bersiap ke library hari ni, ada assignment nak buat,” ujar Azlan.

Setelah menghantar Azlan ke muka pintu, Aiman kembali ke biliknya dan membuka komputer ribanya.

“Ting..” tanda ada E-mail baru untuk Aiman

Aiman membaca dengan teliti E-mail yang baru diterimanya.

“Assalamualaikum, saya Afzal, presiden ‘Malaysian Society’ di sini. Bulan depan kita akan mengadakan Karnival Sukan Sheffield. Saya nak minta kamu untuk menjadi AJK dalam bidang promosi. Harap dapat balas E-mail ini dengan segera untuk untuk memaklumkan kamu setuju atau tidak,”

Aiman menghelakan nafasnya. Cuba memikirkan baik dan buruknya jika dia menerima tugas tersebut. Setelah lama berfikir.

“Takkanlah aku datang sini nak belajar je. Mungkin ini peluang aku untuk kenal dengan lebih ramai orang, dalam masa yang sama dapat belajar sedikit sebanyak tentang etika berorganisasi………….aku rasa aku patut terima,” fikir Aiman sambil mengklik butang reply pada ruangan E-mailnya. Keputusan telah dibuat..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Malam Ahad, kebiasaanya penduduk Sheffield akan berehat pada waktu ini kerana perlu bekerja untuk keesokan harinya. Malam ini, komuniti pelajar Malaysia di sini mengadakan majlis anak angkat. Kebiasaanya, pelajar-pelajar ‘Phd’ yang sudah bekerluarga akan mengambil pelajar-pelajar ‘degree’ sebagai anak angkat mereka. Program ini dibuat untuk merapatkan ukhuwwah antara komuniti ‘postgraduate’ dan ‘undergraduate’ di sini.

Aiman sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan ayah dan ibu angkatnya. Keluarga angkat akan dipanggil untuk naik ke pentas terlebih dahulu, dan kemudian anak-anak angkat pula akan dipanggil ke hadapan untuk berjumpa dengan ayah dan ibu angkat mereka. Sebenarnya kebanyakan ayah dan ibu angkat ini tidaklah terlalu tua, dan mereka ini lebih kepada berpangkat abang dan kakak kepada pelajar-pelajar ‘undergraduate” di sini.

“Untuk anak angkat kepada Abang Safian dan Kak Murni kita ni, saya persilakan Aiman untuk naik ke pentas. Nampaknya bertambah lagi anak angkat Abang Safian ni ye,” umum pengerusi majlis dengan bersahaja.

Aiman berjumpa dengan keluarga angkatnya dengan wajah yang berseri-seri. Dia bersalaman dengan Abang Safian dengan penuh kemesraan. Aiman begitu gembira kerana walaupun ibu bapanya jauh di Malayisa, di sini dia masih ada keluarga untuk berkongsi apa-apa masalah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar tahun satu di sini. Kemudia majlis diakhiri dengan jamuan makan malam. Sedang Aiman enak menjamu selera sambil berbual-bual dengan keluarga angkatnya..

“Laa, kita sekeluarga la ni ye..hehe,” satu suara menyapa Aiman dari belakang.

“Oo, kak Hana..” Aiman menjawab dalam keadaan sedikit terkejut.

bersambung…

Comments
One Response to “Makna Cinta (Part 3)”
  1. joegrimjow berkata:

    ting… tanda email baru masuk

    ak suka yg ni
    hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Penulis

%d bloggers like this: