Dalam kita …. mereka sudah ….

*khusus untuk orang Islam*

 

 

“Bal, kau cuba tgk ni” F (bukan nama sebenar) menghulurkan sebuah pamplet kepada saya

 

“Tgk ni bal, diorang dah buat sampai macam ni dah, kita buat ape” ujar F dengan penuh semangat sekali

 

“Kau cuba post sikit kat status facebook ke, kalau aku buat..confirm kena paku, kalau kau buat..lambat skit la kena paku tu..hehe” gurau F

 

saya tersenyum dengan gurauan  tersebut

 

lebih kurang begitulah dialognya

 

Apakah pamplet tersebut?

 

 

 

 

 

 

Inilah dia pamplet bertajuk ‘Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran’ terbitan Agama Kristian

 

Dan saya jumpa risalah kristian yang berbahasa melayu ini di Sheffield, UK. Ya..di UK…

 

 

1) SIAPA TARGET MEREKA?

 

Siapa target mereka? susah juga untuk saya berhusnu zon mengatakan target mereka bukan untuk orang melayu muslim. Saya tidak pasti apa perkara sebenar yang berlaku tetapi mungkin disebabkan kebanjiran orang melayu muslim di bumi UK ini membuatkan jentera-jentera kristian ini menjadikan mereka sebagai target mereka.

 

Bila melihat pamplet ini, saya teringat isu bible dalam bahasa melayu. Adakah benar dakwaan mereka, tujuan pencetakan untuk memudahkan orang-orang melayu yang kristian di sabah dan sarawak? kalau itu dakwaan mereka, adakah begitu ramai orang – orang melayu yang beragama kristian di UK ini sehingga menyebabkan mereka mencetak risalah ini dalam bahasa melayu, ataupun memang target mereka adalah melayu muslim di malaysia ini? perkara ini saya serahkan kepada pembaca.

 

 

2) MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA NEGARA KRISTIAN?

 

Fikiran saya juga melayang kepada berita tentang perkumpulan paderi-paderi kristian yang ingin menjadikan malaysia kepada negara kristian. Saya tidak pasti kesahihan berita ini, tp saya tidak terkejut pun kalau ada paderi-paderi kristian berhasrat sebegitu. Mengapa perlu hairan? Saya sebagai orang Islam bercita-cita menjadikan Islam sebagai ustaziatul alam, saya bercita-cita suatu hari nanti UK ini berada di dalam naungan kerajaan Islam, Saya bercita-cita untuk mengembalikan Singapura kepada kerajaan Islam (walaupun saya tak pernah ke singapura walaupun lebih kurang 19 tahun tinggal di JB). Saya berhasrat untuk mengubah sistem yang sedia ada, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid hanyalah sejuzuk sistem yang ingin diubah.

 

 

Tidak hairan untuk mereka untuk ada hasrat yang sama untuk agama mereka. Yang bezanya jalan kita benar, jalan mereka salah (iman kita ni). Adakah kita meredhai mereka? pastinya tidak. Pointnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Saya serahkan kepada pembaca untuk merenung kembali perkara ini..

 

Dalam kita bertelagah walaupun dalam isu agama Islam , mereka sudah bersatu dalam banyak perkara

 

Dalam kita berangan dan banyak berkata, mereka sudah bertindak!

 

 

Waallahua’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Penulis

%d bloggers like this: