Makna Cinta (Part 7)

Suasana pagi di bandar Sheffield begitu menenangkan sekali. Suhu sekitar 3 °C sudah pasti membuatkan semua orang berpakaian agak tebal bagi menahan kesejukan. Ada juga yang agak ‘kebal’, hanya berpakaian selapis berjoging bersama-sama teman-temannya.

Seperti biasa, Aiman yang jarang tidur selepas subuh, menyiapkan sarapan paginya. Roti bakar dan teh susu menjadi menu sarapannya pagi ini. Aiman membawa makanan ke biliknya, bersarapan sambil menonton rakaman buletin Utama tv3 di laptopnya, merupakan perkara biasa yang dibuat Aiman. Menonton rakaman buletin Utama itu bukanlah bertujuan untuk mendengar berita sangat tetapi lebih kepada untuk merasakan suasana Malaysia kerana menonton buletin utama sementara menunggu waktu Isya’ adalah rutin yang biasa dilakukan Aiman di Malaysia.

“Tok..tok..tok” pintu bilik Aiman diketuk, antara satu adab Islami yang diamalkan apabila hendak masuk ke bilik seseorang.

“Man, sorry kacau,” Osman membuka pintu sambil berjalan masuk

” Haa…gapo dio, Os?” tanya Aiman, panggilan Os digunakan untuk membezakan nama singkatan untuk Aiman dengan Osman.

“Mung tau dak, ada pencuri masuk rumah student perempuan Malaysia semalang..” Osman yang berasal dari Johor cuba bertutur dalam loghat Terengganu

“Rumah sapo?”

“Rumah kak Hana and the gang la”

“Laa..siannye..banyak tak yang kena ambil?”

“Dua laptop kena sapu”

“Dah report polis belum?”

“Dah report dah, tapi payah la nak jumpa. Kereta hilang pun payah nak cari balik, inikan pulak laptop”

“Laptop hilang tu parah juga tu. Bukan barang murah.” ujar Aiman sambil mengerutkan dahinya.

Suasana senyap seketika. Mungkin masing-masing sibuk memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk meringankan beban Hana dan rakan-rakannya. Osman beredar menuju ke biliknya.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Suasana di information commons agak lenggang pagi ini. Kemungkinan hari minggu digunakan ramai orang untuk berehat. Kelihatan beberapa wanita tempatan dalam lingkungan 30 -an sibuk membersihkan meja-meja belajar. Cawan-cawan kopi yang dibiarkan di atas meja dipungut mereka dengan penuh cermat dan dibuang ke dalam plastik hitam yang dipegang oleh sebelah tangan yang lain. Terpancar jelas kesabaran di riak wajah mereka. Melakukan tugas-tugas seperti ini sememangnya amat menguji kesabaran dah keegoan seseorang.

Pertama kali menjejakkan kaki di Information Common ini sudah pasti membuatkan Aiman terpaku dengan kecanggihan teknologi serta kemudahan yang disediakan di sini. Aiman terus menaiki lif ke tingkat 4 dan memilih untuk mengambil meja berdekatan dengan tingkap. Pemandangan yang begitu indah dapat dilihat dari kaca tingkap tersebut. Dari tingkat 4, bukit bukau yang menghijau dapat dilihat dengan jelas. Ditambah lagi dengan pancaran terik matahari pagi itu, pemandangannya begitu indah sekali yang mampu memukau sesiapa sahaja yang menikmatinya. Sudah pastinya ciptaan indah ini tidak dijadikan sia-sia. Sudah pasti ada maksud tersirat buat mereka yang berfikir!


ic yang menjadi kemudahah untuk pelajar-pelajar di sini


Suasana yang indah ini membuatkan Aiman begitu bersemangat untuk mengulangkaji nota-nota pensyarahnya. Bagi Aiman, kalau ditunggu hendak peperiksaan baru hendak dibuka nota-nota ini, alamatnya tidak tidur malam lah dia hendak menghabiskan semua nota-nota yang tebal itu.

“Wah..rajinlah abang kita sorang ni” satu suara menegur Aiman dari belakang..

bersambung..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Penulis

%d bloggers like this: