Suara kita makin lemah?

Assalamualaikum…
Moga kita sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah. Hati ini mudah berbolak balik, moga Allah sentiasa menetapkan hati kita sentiasa di dalam kebenaran

Pagi ni, mahu cerita skit ttg isu di Malaysia yg bagi saya sgt penting utk difikir-fikirkan

 

 

Apa itu IFC??

IFC yang nama asalnya ialah IRC ā€“ Inter Religious Council (IRC) – adalah sebuah
suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang
mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca:
agama Islam) akibat desakan penganut agama lain

Apakah tuntutan mereka?

1) Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi
orang Islam.

2) Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan
kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan
tindakan undang-undang.

3) Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya
dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4) Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama
Islam.

5) Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin
dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad)
sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa
tindakan undang-undang.

6) Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam
tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7) Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang
yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas
kematiannya.

8) Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan
menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan
menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9) Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada
menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10) Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk
diedarkan kepada umum secara terbuka.

11) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah

12) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah
ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk
disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada
membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk
keperluan orang-orang bukan Islam.

14) Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti
dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah

 


Berikut adalah tentang beberapa tuntutan IFC. Isu ini bukan isu baru, tp ini bukan bermaksud ianya perlu dibiarkan begitu sahaja..

Beberapa isu sebelum ini, isu penggunaan nama Allah oleh org bukan Islam, dan yang terbaru, bible dalam bahasa Melayu….membuatkan saya berfikir, adakah ini salah satu agenda mereka?

yang pastinya isu-isu ini telah membuktikan suara orang bukan Islam semakin lantang dan kita pula semakin lemah dan mengikut telunjuk mereka..

persoalannya, sampai bila kita mahu beralah?

waallahua’lam

Comments
2 Responses to “Suara kita makin lemah?”
  1. madrasatuna berkata:

    boleh jadi saya salah, boleh jadi isu2 terkini (kalimah dan bible bm) tiada kena mengena dgn IFC, tp yang pastinya IFC juga mempunyai permintaan yg lebih kurang sama…

    apa yg saya khuatirkan, kala kita tros beralah..semakin lantang dan byk lagi yg akan diminta mereka..

  2. JHaZKiTaRo berkata:

    salam kenal.. jemput la singgah my blog ‘Aku Sebutir Pasir’ kalau nak baca my experiences travelling ke 45 buah negara.. šŸ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Penulis

%d bloggers like this: