Makna Cinta (Part 5)

sedutan lalu..

“Hanisah ye..” Aiman teringat kembali zaman-zaman persekolahannya. Hanisah memang amat diminati oleh ramai pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya. Menjadi rebutan kerana kesolehan dan kecantikannya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

mengimbas kenangan lama ketika di sekolah membuatkan Aiman tersenyum, dia pernah senyap-senyap membuka buku biodata pelajar milik guru kelasnya, untuk mengetahui tarikh lahir pelajar perempuan yang diminatinya tersebut. Ketika sedang menyelak-nyelak buku biodata pelajar yang terletak di atas meja guru kelasnya di bilik guru,

“Hoi, kau buat apa tu? haa… tengok biodata sapa tu?  baik kau bagitau, kalau tak aku report Ustazah Naimah..” Ismail menyergah dari belakang. Ismail yang juga ingin membincangkan sesuatu tentang dengan Ustazah Naimah, guru kelas mereka berdua tersengih-sengih memandang Aiman.

“Ooo..mentang-mentang Ustazah takde, kau ambil peluang eh.. haa..kau tengok sapa punya tu?” tanya Ismail sambil menjeling-jeling muka surat yang ditutupi oleh tangan Aiman. Aiman tersenyum malu.

“Haa.. aku dah tau dah sapa..haha.. biasalah tu, ramai yang minat dia, tak pelik la kalau kau pun minat dia..” ujar Ismail yang nampaknya sudah tahu siapa yang diminati Aiman

“Aduh kau ni, kau jangan bagitau sapa-sapa pula…”

“Ok, aku janji..hehe”

Nampaknya, janji Ismail hanya tinggal janji, tidak sampai seminggu, rahsia Aiman tersebar ke seluruh kelasnya termasuklah Hanisah. Hanisah hanya tersenyum sendirian apabila mengetahui perihal tersebut.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“Ah, itu cerita lama, zaman budak-budak dulu, biasalah tak matang,” fikiran Aiman terhenti di situ.

“tit..tit” telefon bimbit Aiman berbunyi menandakan ada mesej baru.

“Salam, meeting pertama untuk Commitee Karnival Sukan Sheffield, pada malam ni pada jam 8 malam, sorry for the short notice.” Aiman membaca Abang Afzal dengan penuh teliti.

“Ah, sudah…lambat sangat bagitau..tak sempat nak masak..kena makan luar la kalau camni, ” bisik hati Aiman sambil melihat jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.

Aiman bergegas menyiapkan diri. Hendak keluar rumah, sebenarnya agak melecehkan. Suhu sejuk memerlukan seseorang untuk memakai pakaian tebal dan kasut tebal. Tidak seperti di malaysia, berpakaian ‘simple’ dan hanya berselipar sudah memadai.

Nampaknya malam ini bandar Sheffield agak lengang. Mungkin ramai yang berehat untuk bekerja esok hari. Selesai menunaikan solat Isya’ berjemaah di masjid, Aiman terus berkejar ke kedai ‘fast food’ yang berdekatan. Kedai yang menjadi pilihannya, Crown Pizza.

Sambil menunggu makanannya siap, Aiman duduk di kerusi yang disediakan sambil membetul-betulkan rambutnya yang agak kurang terurus kerana ditiup angin di sepanjang perjalanan dari masjid ke Crown Pizza.

“Aih, dah hensem dah tu bang,” satu suara menyapa Aiman dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Ismail yang sudah lama berdiri di belakang Aiman.

“Oo, serabut sangat dah rambut ni, kena kemas sikit, kita nak meeting kejap lagi ni”

“Kau kemas-kemas sangat ni, kau nak melawa depan sapa ni..hehe..ada minat sapa-sapa ke,” usik Aiman

“Ah, kalau ada pun, tak nak aku bagitau kau…nanti kau bocorkan..”

“hehe..ingat lagi pasal tu..”

Makanan yang dipesan telah tiba. Mereka berdua makan dengan agak tergesa-gesa kerana mahu hadir awal ke mesyuarat pertama mereka. Sambil mendengar radio yang ke udara…

“Ish, radio ni, topik-topik macam ni diceritakan macam gitu je..” ujar Ismail yang agak marah apabila mendengar topik yang dibincangkan. Topik yang dibincangkan di dalam radio adalah berkaitan dengan pengalaman seorang lelaki berasmara dengan teman wanitanya. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang pelik di bumi penjajah ini, seseorang melakukan hubungan seksual dengan teman wanitanya adalah sesuatu perkara biasa bagi masyarakat di sini, malah media massa seperti radio dan televisyen menggalakkan gejala keji tersebut. Justeru itu, tidak pelik apabila radio membincangkan topik-topik ini secara terbuka yang menyebabkan gejala maksiat seperti ini semakin berleluasa.

“Mail, masyarakat di sini sebenarnya sudah jauh dari agama. Hidup ni dirasakan hanya untuk enjoy, tengok bola, kerja. Mereka juga tidak kuat dalam agama kristian mereka. Cuba tengok gereja, orang-orang tua je yang datang”

“Masyarakat Islam kita juga dah tak jauh beza dengan mereka ni. Masih ada beza, sebab masyarakat kita masih Islam cumanya dari segi sikap dan tingkah laku, dah hampir menyerupai mereka ni.” Ujar Aiman lagi. Ismail mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.

“Ramai ummat Islam sekarang ni dah jadi penakut. Serangan pemikiran oleh musuh kita ni dah berjaya ubah ramai orang Islam dari singa yang berani kepada kijang yang pengecut.”

“Uih, macam dah takde harapan dah ummat Islam sekarang ni kan Man” ujar Ismail

“Silap tu syeikh, keadaan sekarang ni macam gerhana je. Selepasa gerhana, matahari akan muncul balik. Sinaran Islam akan muncul kembali, tu janji Allah. Persoalannya, adakah kita menjadi batu bata kepada kebangkitan Islam? atau kita hanya jadi pemerhati sahaja. Islam tu pasti akan menang juga.” terang Aiman. Itulah antara ilmu yang dipelajarinya ketika halaqah.

“Ok la Mail, lama plak kita bual, nanti lambat pulak ke meeting. Jom gerak sekarang..” Ajak Aiman.

“Jom!!”

bersambung….


makna Cinta akan disambung selepas raya insyaAllah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Penulis

%d bloggers like this: