Makna Cinta (Part 4)

“Oo.. Hana ni dah jadi anak angkat kami dari tahun lepas lagi,” Abang Safian mencelah sambil tersenyum memandang Hana.

“Abang Safian dengan Kak Murni ni friendly tau Aiman, so kamu jangan risau la,” jelas Hana sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket bajunya.

“Eh, akak tak ambil lagi nombor telefon Aiman, nanti kalau-kalau nak pegi ziarah rumah Abang Safian, calling-calling la, boleh pergi sekali,” sambung Hana lagi yang nampaknya mudah mesra dengan semua orang

“Ah…sudah,” bisik hati Aiman. Aiman bukanlah seorang yang biasa bergaul dengan perempuan. Dia dikenali dengan sikapnya yang amat menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jikalau berurusan dengan kaum hawa ini, dia hanya akan berkata perkara-perkara yang perlu sahaja. Perbincangan tidak akan dibawa meleret-leret sehingga lari dari tujuan asal perbincangan.

Aiman kurang selesa dengan kemesraan yang ditunjukkan Hana kepadanya.

“Err.. ni no saya..” Aiman memberitahu nombor telefonnnya kepada Hana.

“Ok, akak misscall, nanti save la no akak ya,” pesan Hana.

Aiman pulang ke rumah bersama-sama empat lagi rakannya. Keletihan yang melanda membuatkan Aiman tidak mengambil masa yang lama untuk melelapkan matanya. Malam itu, suasananya amat menenangkan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa boleh membuatkan seseorang berangan jauh meninggalkan dunianya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Letihnya,” bisik hati Aiman. Beg galasnya diletakkan di atas kerusi. Dia terus merebahkan badannya di atas katil. Dia cuba menganalisa kembali apa yang dipelajarinya sebentar tadi di dewan kuliah. Rupanya bukan mudah untuk memahami apa yang dikatakan penyarah di dalam kuliah. Baru kini dia benar-benar meyakini kebenaran kata-kata Azlan tempoh hari.

“Teet….teet…teet..” telefon bimbit Aiman berbunyi.

Aiman mencapai telefon bimbitnya di atas meja kemudian melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

“Mak?”

“Assalamualaikum..” satu suara yang tidak asing lagi bagi Aiman memberi salam.

“Waalaikumsalam mak, jap ye mak, mak letak telefon dulu, biar Aiman telefon, mahal kalau call dari sana, kalau Aiman call, tak terasa sangat,” jelas Aiman.

“Ok,”

Setelah menelefon kembali ibunya..

“Man, apa khabar? dah makan? kenapa dah lama tak telefon?” bertalu-talu ibunya bertanyakan soalan.

“Baik-baik saja mak, makan? tak masak lagi, kejap lagi nak masak masakan favourite, tomyam, sori la mak dah lama tak telefon,” panjang lebar Aiman menjawab.

Mereka berbual panjang. Perkara biasa apabila sudah lama tidak berhubungan melalui telefon.

“Man, boleh hidup tak kat sana,”

“Boleh je mak, cuma kat sini cabarannya kuat sangat la mak, perempuan pakai pakaian yang tak elok-elok, perbuatan tak senonoh tu merata-rata mereka buat,”

” haa.. jaga diri tu betul-betul”

“hehe..kalau kahwin, selamat sikit mak,” gurau Aiman

“kahwin saja yang kamu ingat, belajar dulu,” ayat biasa daripada seorang ibu apabila mendengar anaknya berhasrat untuk berkahwin awal.

“sebut pasal kahwin, kamu ingat lagi Hanisah, budak sekolah kamu yang kamu minat sangat dulu,”

“oo, mesti la ingat lagi, kenapa mak?”

“hari tu mak ada terserempak dengan dia. Baiknya mak tengok, pakai tudung labuh, muka bersih je, haa…kalau nak kahwin, cari orang yang macam tu la, dengan cerita dia pun join juga program-program islamik”

“haha..ada-ada la mak ni..”

“mak cakap serius ni, tapi habiskanlah belajar tu dulu.”

Perbualan Aiman dengan ibunya terhenti tidak lama selepas itu. Aiman kembali merebahkan badannya di atas katil.

“Hanisah ye..” Aiman teringat kembali zaman-zaman persekolahannya. Hanisah memang amat diminati oleh ramai pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya. Menjadi rebutan kerana kesolehan dan kecantikannya.

bersambung…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Penulis

%d bloggers like this: