Adakah dakwah kita meninggalkan bangsa lain?

Assalamualaikum..

Alhamdulillahirabbi’alamin, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah kerana memberi keizinan untuk menulis tentang isu ini. Saya mengharapkan agar pembaca-pembaca dapat membaca artikel ini dengan hati yang terbuka. Saya berdoa agar saya terhindar daripada menulis perkara yang bukan-bukan yang boleh membawa kepada kemurkaanNya.

Saya sangat bersetuju..

Dakwah kita bersifat ‘Alamiah, itu benar.

Dakwah ini untuk semua, itu benar.

Dakwah ini bukan hanya untuk bangsa Melayu sahaja, itu benar.

Persoalan timbul, mengapa di Malaysia, kita (Melayu Muslim) perlu memberi fokus dakwah kita kepada Melayu Muslim. Mengapa? bukankah dakwah kita bersifat ‘alami.

Jadi, untuk menjawab persoalan ini. Saya ingin berkongsi tentang pendapat daripada seorang pendakwah Cina. Beliau menyatakan amat sukar untuk berdakwah kepada kaum Cina di negara ini, orang Cina yang bukan Islam tidak tertarik dengan Islam apabila melihat akhlak umat Melayu Islam yang tidak menggambarkan akhlak Islam yang sebenar.

mungkin dialog di bawah membantu

“Wan, boleh awak cerita tentang Islam kat saya tak” tanya Kelvin (Cina bukan Islam)

“Oh, Islam ni begitu dan begini… mementingkan silaturrahim…melarang berjudi dan minum arak kerana ianya merosakkan… menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan..dan sebagainya..”terang Wan dengan panjang lebar.

“Oh, menariknya..tapi kalau ada contoh, lagi saya suka “

“Oh, banyak orang Islam kat Malaysia ni, tengok la Melayu kat sini, semua Melayu kat sini beragama Islam.”

Jadi, apakah kita merasakan Melayu Muslim di Malaysia ini menggambarkan Islam yang sebenar. Apakah kita berani mengatakan, mahu tahu Islam itu bagaimana, lihatlah orang Melayu Muslim di sini. Boleh?

Sahabat-sahabat,

Bukankah kita bersetuju dakwah melalui Qudwah itu lebih berkesan daripada dakwah lisan. Nah, bukankah menyediakan masyarakat Muslim yang hebat, yang kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah itu akan menjadi dakwah yang berbentuk Qudwah kepada orang bukan Islam..

Mereka yang bukan Islam secara tidak lansung akan tertarik dengan Islam apabila nilai-nilai Islam itu dipraktikkan di hadapan mereka..

Mengapa memberi fokus pada Melayu Muslim. Adakah lebih mudah?

1. saya berpendapat ianya lebih mudah untuk berdakwah kepada kaum sendiri. Perlu diingatkan, dalam hal ini, Melayu Muslim  adalah target mad’u kita. Bukankah, selepas perjanjian Aqabah pertama, orang-orang Islam pertama pergi berdakwah kepada kaum mereka. Mengapa mereka tidak berdakwah kepada kaum lain? sudah tentulah kerana ianya lebih mudah

2. Majoriti muslim di Malaysia adalah daripada bangsa Melayu, maka mudah difahami, jika Melayu Muslim kembali kepada Islam yang sebenar, mereka ini bersatu padu, mereka ini membangun dengan Islam, nescaya Islam akan bangkit di bumi Malaysia ini.

Persoalan mungkin timbul, adakah kita tidak menyampaikan lansung dakwah kepada non-muslim.

Saya berpendapat, jika kita ada peluang, kita lakukan. Saya pernah juga berhadapan dengan seorang chinese Malaysia. Disebabkan dia ini suka bertanya tentang Islam, saya ada juga bercerita tentang kelebihan Islam kepadanya. Banyak berbincang dengannya. Jadi saya berpendapat kalau ada peluang, cakap sahaja tentang kebaikan dan kelebihan Islam. Cumanya, hal ini membincangkan berkenaan dimanakah arah projek dakwah kita. Jadi seperti yang saya beritahu, sudah tentulah fokusnya pada Melayu Muslim..

Sekadar pandangan.Wallahua’lam

Comments
4 Responses to “Adakah dakwah kita meninggalkan bangsa lain?”
  1. joegrimjow berkata:

    perbetulkan ramai lagi melayu yg rosak2 ni bal
    dakwah ni takde yg xbetul. slagi mengajak org melakukan kebaikan, xkira melayu dulu ke cina dulu ke, yg pentg ajak org kearah agama kita

  2. zakwan87 berkata:

    nice one bal. klu tgk sejarah melayu melaka, dakwah tidak dilakukan secara syarahan atau pidato, tapi pd qudwah pedagang-pedagang arab dalam urusan jual beli mereka. akhirnya mereka tertarik sendiri dan sultan memanggil pedagang arab ke istana utk ajarkan islam.

  3. saufi berkata:

    Dakwah itu meluas…dakwah pada cina india mahupun melayu mmg dijalankan serentak, tapi itu matlamat yang jauh..di Malaysia, membentuk orang melayu supaya berakhlak baik adalah lebih afdal.

    Cuba check balik buku Haza Din bagaimana Syed Qutb mensyarahkan mengenai isu ini
    ” Rahsia kejayaan adalah keupayaan untuk berinteraksi secara langsung dengan fitrah manusia dgn menggunakan segala aset yang terkandung dlm manhaj ini. Aset ini amat besar dan sentiasa kekal. Apabila fitrah manusia digandingkan dgn manhaj ini akan terpancarlah segala kekayaannya dan segala anugerah yg selama ini tersembunyi” (bab 4, manhaj yang berkesan)

    Apakah aset itu???
    Itulah aset fitrah..yakni fitrah di sesuatu kawasan dan tempat …

    wallahulam..

  4. ibnutoha berkata:

    zakwan: depa bukan pedagang. depa daie. pedagang no 2. hehe. sebab tu la dakwah top!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Penulis

%d bloggers like this: