siapa mula dulu…sangat beruntung!

Assalaualaikum..

saya mulakan entry saya ini dengan menceritakan kisah keberanian az-Zubair bin al-’Awwam

Al-Fada’ili meriwayatkan daripada Sa’id bin al-Musayyib r.a berkata: “Ketika az-Zubair berada di Mekah, tiba-tiba beliau mendengar berita Nabi s.a.w diculik. Beliau meluru keluar dalam keadaan telanjang sambil menghunus pedangnya. Apabila berjumpa dengan Nabi s.a.w, Baginda bertanya: ‘Kenapa dengan awak wahai Zubair?”. Beliau menjawab:”Saya dengar kamu telah dibunuh”.” Habis, apa yang awak lakukan?”, tanya Nabi s.a.w. “Saya mahu tumpahkan darah penduduk Mekah dengan pedang saya ini supaya menjadi sungai darah. Tiada seorangpun yang akan dibiarkan hidup”, jawab az-Zubair. Nabi s.a.w ketawa sambil menanggalkan selendangnya dan memakaikannya kepada az-Zubair.

Ekoran itu, Jibril a.s. menemui Nabi s.a.w dan berkata:

“Allah mengucap salam ke atasmu dan Allah berfirman: Ucapkanlah salam-Ku kepada az-Zubair dan berilah khabar gembira bahawa Allah memberinya pahala setiap orang yang menghunuskan pedangnya sejak pengutusan kamu hingga hari kiamat tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. Kerana dialah orang pertama yang menghunus pedang di jalan Allah ‘Azza wa Jalla.”

membaca kisah ini memberikan gambaran kepada kita betapa beruntungnya az-Zubair kerana mendapat pahala setiap orang yang menghunuskan pedang dijalan Allah. bayangkan perang-perang yang berlaku selepas itu, perang badar, perang uhud, perang khandaq, perang ain jalut, perang menentang serangan Monggol, perang membebaskan Constantinople, perang membebaskan Al-Quds dan banyak lagi perang yang berlaku, pahala setiap orang yang menghunuskan pedang dalam setiap perang kembali kepada az-Zubair.

sangat beruntunglah sesiapa yang memulakan sesuatu baik kemudian diikuti oleh orang lain lebih-lebih lagi perkara tersebut belum dibuat oleh orang lain. Sebagai contohnya, orang pertama atau negara pertama yang mengutuk serangan Israel ke atas negara Palestin lebih kurang 60 tahun dulu, kemudian perkara ini diikuti oleh Negara lain yang terpengaruh dengan keberanian negara/orang itu. Sangat beruntunglah yang pertama itu.

mungkin perkara-perkara yang saya sebutkan mengambil skop yang besar, jadi saya mengajak kita melihat kepada skop yang lebih kecil. Contohnya, ketika kita ada program-program bersifat keagamaan di masjid. Ketika masa rehat atau masa kosong, semua peserta sedang berehat, kalau kita orang yang mula-mula membaca Al-Quran di situ dengan niat untuk menjadi Qudwah kepada orang lain. Sudah tentulah niat kerana tilawah Al-Quran itu sendiri adalah ibadat adalah menjadi niat utama kita membaca Al-Quran tetapi tidak salah untuk kita memperbanyakkan niat kita. Jadi, apabila orang lain terpengaruh dengan perbuatan kita dan mula bertilawah Al-Quran juga, kita sangat beruntung kerana kita yang memulakan suasana tilawah Al-Quran. orang lain yang baru sampai juga membaca Al-Quran kerana terkesan dengan suasana tilawah Al-Quran yang sedang rancak berlansung. Siapa yang paling untung? sudah tentu si pemula.

Semoga tazkirah ringkas ini berguna untuk diri saya dan pembaca-pembaca sekalian..

Waallahua’lam

Comments
4 Responses to “siapa mula dulu…sangat beruntung!”
  1. joegrimjow berkata:

    mantap ni,

    pernah dengar kisah zubair ni masa kecik
    saidina umar lalu, semua org lari sebab takut, tapi zubair masa kecik lagi masa tu, tak lari pun. bila ditanya kenapa tak lari, dia jawab, buat apa nak takut dengan ko?

    kecik2 lagi dah berani!

    ada lagi kisah zubair ni, dialah pahlawan kedua yang boleh guna 2 2 tangan untuk menghunuskan pedang. kire pahlawan terulung dalam islam

    yeah, jadilah org pertama!

  2. amirS berkata:

    slm,
    alhmdlh,
    jzkk

    best
    ana agak terkesan

  3. fathi berkata:

    practical….

  4. fathi berkata:

    practical…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Penulis

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.