mm… rasa macam dah lama tak sambung cerita ni..
Amru Al-Ash adalah sahabat Rasulullah yang membuka mesir. Bayangkan betapa besar pahala yang diperolehinya. Setiap sistem islam yang berlaku di mesir ketika itu hinggalah ke hari ini.. setiap amalan islam yang dilakukan penduduk mesir dari dahulu hingga kini.. Amru Al-Ash akan mendapat pahala juga insyaAllah.. begitu besar sekali pahala yang diperolehi dan ianya adalah berterusan..itulah pahala yang diperolehi oleh generasi pengasas…
Itu adalah salah satu isi tazkirah yang diberikan.
Kembara sainaa, kami juga mendaki gunung sinai.. dimana di gunung adalah tempat nabi Musa A.S bermunajat kepada Allah untuk melihat wajah Allah..
letih sekali mendaki gunung sinai ni, menunjukkan betapa gigihnya Nabi Musa A.S untuk menatap wajah Allah tetapi hajatnya dia kesampaian. kesan-kesan kejadian bila mana Allah mahu menunjukkan diriNya kepada Nabi Musa ini masih kelihatan sehingga ke hari ini…benarlah menatap wajah Allah itu adalah satu nikmat yang terbesar…dan itu adalah nikmat yang kita mahukan di syurga..insyaAllah..
bayangkan.. tidak dapat melihat wajah ibu yang melahirkan kita sudah menjadi satu yang menyedihkan apatah lagi..tidak dapat melihat wajah Pencipta kita! Nauzubillah hi min zalik..
mmm… sebenarnya banyak lagi yang boleh diceritakan tentang pengalaman ke mesir ni.. takpe..road to Egypt (last part) lepas ni.. saya terus kepada cerita di PMPI (Perkhemahan Musim Panas Isma)
insyaAllah..
Waalahua’lam












